Tiba-tiba malam ni dtg m0od utk berfalsafah pula... So.. Layan je lah hasil merapu-merapan ni! Heee... Saje pakai name pena DALASURI sebab nama 2 mcm unik jer! (perasan (^_~)
************************************************
"Diri sendiri adalah Guru terbaik yang mengajar erti kehidupan.
Pengalaman adalah rujukan terbaik yg mengajar erti kedewasaan.
Cabaran adalah musuh terdekat yg mengajar erti kekuatan."
-dalasuri-
*********************************************
"Bekerjalah untuk sesuatu dengan penuh kecintaan terhadap pekerjaan tersebut. Sulamilah kecintaan itu dengan keikhlasan. Hiasilah kecintaan dan keikhlasan dengan kesabaran. Nescaya, akan menghasilkan kejayaan"
-dalasuri-
*********************************************
"Tidak salah kita memasang angan-angan. Kerana daripada angan-angan timbul sebuah impian. Daripada impian hadir sebuah harapan. Dan melalui harapan akan datangnya kejayaan.
-dalasuri-
********************************************
"Jadilah seperti kain putih, walaupun celanya jelas kelihatan ia mampu disucikan semula, jangan jadi seperti hamparan hitam kerana walaupun kotor, tetap nampak bersih"
-dalasuri-
****************************************
"Tanamkanlah dalam hatimu walau secebis kasih sayang. Pasti kau akan mendapat balasan kasih sayang yang setimpal dengan nilai kasih sayang yang kau taburkan"
-dalasuri-
*************************************
0 comments:
Post a Comment