Wednesday, December 15, 2010

Warkah buat Anakanda... (part 1)


Anakanda...

Tahukah anakanda.. di saat kamu lahir, mak dan abah adalah manusia yang paling bahagia. Allah menganugerahkan kami sesuatu yang berharga. Saat abah membisikkan azan di telinga anakanda, terasa sebak dalam diri kerana Allah mengahdiahkan kami sesuatu atas cinta antara kami. Saat mak bertarung nyawa melahirkan kamu, segala rasa sakit berlalu apabila mendengar tangisan anakanda buat petama kalinya. Di waktu ini, mak dan abah berdoa semoga anakanda akan membesar menjadi seorang insan.

Sewaktu memilih nama buat anakanda, mak dan abah memilih nama yang baik-baik untuk anakanda.

'sesungguhnya, kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.' (Riwayat Abu Daud)

Kerana itulah mak dan abah mengahadiahkan nama yang indah-indah untuk anakanda. supaya pekerti anakanda akan elok seperti nama yang kami berikan kepada kamu wahai kekasih hati.

Anakanda, mulai hari ini kamu akan mak dan abah jaga sebaik mungkin. Akan kami usahakan untuk menberikan kehidupan yang terbaik untuk anakanda.. Membesarlah kamu dengan sebaik mungkin berbekalkan didikan daripada mak dan abah. Jika elok didikan mak dan abah, maka eloklah kamu. Sekiranya pekertimu tidak elok. Gagallah kami mendidik kamu.............................................................

*************************************************
*bersambung........

-dalasuri-

Thanks for read . Like sikit !

2 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

oh.. nice blog bella... !! ..

Unknown said...[Reply to comment]

letak pic kuna yg cun sikit da....hahahhahaa

Post a Comment