Saturday, April 23, 2011

Mengintai Cinta Khalifah Part 2~



Sumber : Mengintai Cinta Khalifah [A.Ubaidillah Alias]


"Saidina Omar berwasiat bahawa ada 3 hak bapa kepada anak. Pertama memilih ibu yang baik. Kedua, memberi nama yang baik. ketiga, mengajarkan Al-Quran" Para khlaifah pilihlah bakal ibu yang baik untuk mendidik warismu kelak.

"Tiga tanda keberkatan seorang perempuan iaitu, pertama berkahwin di usia muda, kedua murah mas kahwin dan ketiga, cepat mendapat anak."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w "sebaik-baik manusia adalah yang paling baik terhadap isteri dan anak-anaknya, dan akulah manusia yang paling baik di kalangan kamu."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w "pilihlah wanita yang ingin kamu letakkan benih anakmu kerana keturunan wanita itu sangat mempengaruhi keperibadiannya"

Tujuh ciri suami terbaik :

1. Alim [berilmu agama]

2.Husnul Akhlaq [berakhlak baik]

3. Qanaah [Redha dgn apa yg ada]

4. Syakir [Suka berterima kasih]

5. Ghafir [Pemaaf]

6. Rahim [Penyayang]

7. Sabir [Penyabar]


"Cinta satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh Nur Illahi. Hanya yang mengerti amanah Khalifatullah akan mampu mengutip Nur Illahi dan menyelamatkan manusia daripada kebutaan cinta nafsu"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w " Tiada lelaki yang memuliakan isterinya melainkan lelaki itu adalah seorang yang mulia. Tiada lelaki yang menghinakan isterinya melainkan lelaki itu adalaah seorang yang hina"

~YA ALLAH,
ANDAI BENAR DIA UNTUKKU, PAHATKANLAH KESETIAAN DI NUBARIKU.
KUATKANLAH DIRIKU UNTUK MENYAMBUT HULURAN CINTANYA.
PASTIKAN AKU BISA MEMELUKNYA DENGAN GENGGAMAN YG IKHLAS
DEMI KEREDHAAN-MU.
DAN JANGAN SESEKALI ENGKAU LERAIKAN GENGGAMAN ITU,
SEHINGGALAH DIA MEMIMPINKU MASUK KE GERBANG
JANNATUL FIRDAUS. AMIN.~



Thanks for read . Like sikit !

0 comments:

Post a Comment