Friday, April 22, 2011

Mengintai Cinta Khalifah ~



Setiap kali baca n0vel ni.. Air mata mesti akan bergenang. Rasa diri ni telalu jahil dalam menilai erti cinta. Kredit 2 : A. Ubaidillah Alias.. Sy sgt kagum dgn anda. N0vel anda mmg sgt menyedarkan saya ttg sesuatu. =)

Terasa byk ayat2 yg sgt menusuk ke kalbu. Ayat2 ni sy adaptasi dr n0vel anda. harap anda izinkan.. cuma mahu berkongsi dgn yg laen..

"Sekiranya kita bercinta, sudah pasti kita tidak mah
u org yg kita cintai itu cedera, terluka dan disakiti. Oleh itu, selamatkanlah org yg kita cintai drpd panas api neraka dan peritnya seksa kubur itu. Kpd para nakhoda, ini adalah amanah yg perlu dipikul untuk memimpin diri dan org yg dicintai jauh drpd neraka Allah."

"Apa yg kita ada adalah hak Allah. Tiada satu pun milik kita. Perasaan yg kita rasa ini juga milik Allah. Bahagia, suka, duka, cinta, kasih dan sayang..semuanya terilham daripada izin Allah. Justeru ia dikurniakan kepada kita sebagai alat untuk beramal."

"jika kita pernah MEMILIKI sesuatu dan KEHILANGAN sesuatu. kita harus bersyukur kerana kita pernah merasai nikmat memiliki sesuatu itu. Biarpun kita kehilangannya, ia akan menjadi iktibar kepada kita untuk menghargai sesuatu kelak."

"kesetiaanku, kecintaanku, dan keluhuran kasihku tidak akan ku sia-siakan untuk mana-mana perempuan yang bukan isteriku. hanya dia sahaja, hanya isteriku yang sah akan ku letakkan mahkota kesetiaan." (A. Ubaidillah Alias)

"Isteriku, aku tidak akan mengeluh dan memikirkan bagaimana rupamu dan keadaanmu. Yang pasti, percayalah, aku akan menjadi satu-satunya suami setia dan memberi sepenuh kecintaanku." ( A. Ubaidillah Alias)

"Aku mahu bulan dan bintang menjadi wali, aku mahu langit dan bumi menjadi saksi kata-kata sumpah, aku mahu seluruh jagat raya ini menyaksikan bahawa aku adalah suami yang akan memakai gelaran al-Khalifah. Aku mahu menakluk cintamu di dalam cangkir suci"

*Baru part 1. Nnti malam sambung semula Part 2. Nak setelkan baca n0vel ni dulu.. *



" YA ALLAH, SATUKANLAH HATI KAMI
DALAM BEKAS RINDU BERSALUT IMAN YANG HAKIKI. "




Thanks for read . Like sikit !

0 comments:

Post a Comment