Friday, November 18, 2011

Belajar Tentang Sesuatu~




BIPOLAR DISODER

Mungkin ramai yang masih belum pernah mendengar penyakit ini. Namun ianya sedang hebat diperkatakan banyak dialami oleh rakyat Malaysia..

Definisi : Bipolar disoder adalah penyakit mental yang melibatkan perubahan emosi yang melampau. Bipolar atau dwikutub menggambarkan bahawa pada masa tertentu individu tersebut berada pada kutub tertentu dan pada masa yang lain dia boleh berada pada kutub yang bertentangan. individu yang mengidap penyakit ini boleh berada pada satu kutub yang dipanggil episod manik (manic episode) atau dia boleh berada di kutub bertentangan yang digelar episod kemurungan (depressive episode).

MANIC EPISODE : satu episod dalam kehidupan yang akan di alami oleh pengidap berterusan selama lebih seminggu atau tujuh hari kecuali jika anda dimasukkan ke hospital.
Pengidap akan mengalami :

1. mood atau emosi melampau, abnormal dan mudah marah, terasa dan resah.
2. tidur dalam masa yang singkat adakalanya kurang dari 3jam.
3. Bercakap banyak atau tanpa henti.
4. terlalu banyak idea, topik yang difikirkan.
5. terlalu bangga diri dan peningkatan keyakinan diri.
6. tidak tenteram dan mudah terganggu kensentrasi oleh perkara yang remeh-temeh.
7. terlalu banyak perancangan aktiviti yang ingin dilakukan.
8.terlibat dalam aktivit yang merbahaya.


DEPERESSIVE EPISODE : kemurungan adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. ia bukan satu emosi yang normal namun satu penyakit yang perlu dirawat.


Ubat ubatan :
1. Mood stabilizer
2. Antisipkotik
3. Antidepressant
4. Antienxiety
5. Sleeping pill


Menurut pembacaan yang dilakukan, pesakit yang mengalami episod manik yang masih belum serius ataupun nama lainnya Hipomania, keluarga perlu memberikan sokongan yang penuh kepada pesakit ini kerana dengan cara berikut, pesakit boleh dielakkan daripada dimasukkan ke hospital. Namun, mereka perlu diberikan rawatan mood stabilizer kerana ianya penting dan bantuan psikososial dan psikoterapi boleh didapatkan jika ianya bersesuaian...


PENYAKIT INI ADALAH PENYAKIT JANGKA MASA PANJANG YANG HARUS DIKELOLA DENGAN BERHATI-HATI DALAM KEHIDUPAN SESEORANG.


*Kepada yang mengalami masalah ini, semoga anda semua tabah menghadapinya. InsyaAllah, orang yang menyayangi kamu semua akan sentiasa bersama kamu. Saya hanya mampu doakan kamu semua dengan doa saya. InsyaAllah.~


sumber : baca sana sini. Terima kasih...


Thanks for read . Like sikit !

0 comments:

Post a Comment