Thursday, November 17, 2011

My Status history..



Status2 ni aku kidnap semula dr fb.. Saja nak mengabadikan kenangan status yg aku rasa cute2 sket(perasan).


tikamlah aku biar berhamburan darah merah di depanmu..
hempaslah aku sekuatnya biar bergempita seluruh alammu..
carik-cariklah jasadku sekejamnya biar tiada lagi parasku..
Andai itu semua mampu menjadikan aku seperti janin yang baru ditiup nyawa....
~bellahuda~ (Wed, 23 Nov 2011 16:19:15 GMT)

Tidak betah mejalani dengan terdaya.. Harus aku menahan di sisi hati yang semakin mati.. Agar tiada yang terluka di sini sana.. Biar di dalam ini, yang tahu hanya aku dan Pencipta ku yang Satu.
~Go with the flow~ (Wed, 23 Nov 2011 04:11:42 GMT)

'ketika kecil, kita belajar bertatih, ibu bapa memapah utk kita pandai berjalan. Tp, mampu kah kita memapah ibu bapa saat dia tiada kudrat utk melangkah. Semasa kita kecil, ibu bapa tidak membenarkan seekor nyamuk pun mendekati, tp mampukah kita memelihara mereka saat mereka tiada kudrat utk menghalau nyamuk sekalipun.
.(Sun, 20 Nov 2011 18:26:07 GMT)

Biar semangat kian meluntur, perjuangan masih bersisa. Pada paksi kemenangan itu, sang juara berpegang erat. Jangan mundur selagi titis darah terakhir terhenti. Kerana darah perwira itu hidup walau jasad telah mati. Biar jasad ini mati, harapan tetap tegak berdiri memberi sebuah kehebatan pada yang akan menjadi galang ganti. Menanglah kamu untuk diri kamu sendiri. Pasti!
~bellahuda~ (Sat, 19 Nov 2011 03:57:43 GMT)

Hembuslah bayu kekalutan ke mana-mana arah.. Hilangkanlah sinar kekecewaan dari pandangan indera.. Tinggalkanlah cahaya kegelisahan jangan di dakap saja. Kerana pasti akan ku temui luka kebahagiaan di satu titik kegelapan kegembiraan..(Wed, 16 Nov 2011 16:05:10 GMT)

Andai itu kali terakhir nya ingin sekali aku menyatakan sesuatu agar kau tahu apa yang ada dalam hatiku sesekali ia melebur membeku kerana disitu tersimpan sesuatu yang semakin terbuku dalam diam aku ingin ianya menyatu membasuh sejuta pilu. Semoga ia bukan yang terakhir kalinya. (Sun, 23 Oct 2011 11:29:02 GMT)

Mendengar segala keluhan tanpa jemu..
Menasihati di kala aku buntu..
Memberi semangat semasa lemah..
Menenangkan di kala resah.
Terima kasih SAHABAT kerana kau ada walau seketika. (Sun, 16 Oct 2011 07:33:18 GMT)

Masih belum pasti secangkir madu yang kau terima tidak akan jatuh berderai di bawahnya tertadah semangkuk derita. 'Dia' mahu kita semua merasa! (Sat, 08 Oct 2011 04:29:42 GMT)

Jangan ditanya lagi tentang rasa hati yang semakin mati. Biar seluhur kasih kau tabur, biar sesuci cinta kau beri. Andai kau masih di tampuk itu bersama harapan-harapan yang tidak kau gapai. Sampai bila perlu kita menanti di sebalik tabir cinta yang kian merekah di mamah angkara! (Thu, 06 Oct 2011 09:42:27 GMT)

Dalam kerenyahan memburu pengakhiran sebuah kisah. Dua kesudahan harus dipilih menjadi sebuah noktah. Hati bukan tidak mahu jiwa yang enggan menyelusuri satu ranjau tidak berduri. Andai aku mahu kembali, jangan gusar pintu itu akan aku ketuk kembali dalam kerendahan sekeping hati aku akan mencari~ (Wed, 05 Oct 2011 16:14:03 GMT)

Kesempurnaan hari ini tidak menjamin bahagia selamanya..
Derita hari ini tidak bermakna tiada cahaya kegembiraan akan tiba.
Allahhuakbar~ Allah maha besar. Dia menentukan segalanya.
Go with the flow~ (Mon, 03 Oct 2011 04:38:14 GMT)

Ya Rabbi ~ Jauhkan aku daripada kekeliruan ini. Hati dan jiwaku masih kekal di sana dan aku tidak mampu melakukan apa-apa keputusan. Aku hanya ingin mengembirakan tanpa menimbulkan sebarang kehampaan kepada mana-mana perasaan.(Mon, 22 Aug 2011 06:53:57 GMT)

Kuatkan semangatku, kuatkan imanku Ya Allah. Aku tidak sekuat Siti Khadijah, tp aku mohon padamu Ya Allah, Kau serapkan lah sekurang-kurangnya kekuatan dan kecekalan hati Abah ke dalam hatiku, Kau kurniakanlah aku kesabaran dan ketenangan jiwa emak ke dalam jiwaku. Aku memohon padamu Ya Rabbi.. Amin.. (Thu, 19 May 2011 03:18:21 GMT)

Andainya hari ini aku tersungkur, berikan aku kekuatan untuk bangun semula.. Andainya hari ini lemah aku untuk melangkah, berikan aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan.. Andainya hari ini aku lelah kirimkan aku nafas agar aku bisa terus berdiri teguh meneruskan hidup~ (Tue, 26 Apr 2011 11:51:18 GMT)

Bisikan buat CINTA di terbangkan bersama angin RINDU agar ada yang mengerti KASIH masih disini menanti rasa SAYANG yang kian lama terpendam. Andai telah tertulis ini takdirnya biarlah masa yang menjadi penentu segala. Andai ini jalan yang dituju pilihlah dengan apa yang ada di depan mata. Andai ini suratan kehidupan menyerahlah dengan HATI YANG RELA~ *bellahuda* (Sun, 03 Apr 2011 04:54:32 GMT)

Ini selayaknya buat pipit..
Jangan impikan terbang bersama enggang di atas sana..
Ini seharusnya buat kaca..
Tidak akan dinilai seperti permata yang sentiasa berharga.. (Mon, 21 Mar 2011 11:03:12 GMT)

Mawar tunduk ke bumi mengharapkan kelopak-kelopaknya tidak akan gugur dari tangkai... andai gugur kelopak mawar tiada ia akan mewangi lagi... (Tue, 08 Feb 2011 15:28:36 GMT)

Mata kehilangan air mata untuk sekian kalinya...
Tabahlah dikau duhai mata.. Air mata akan sentiasa ada untuk kamu..
Dalam suka dan duka.. <3 (Tue, 08 Feb 2011 12:07:26 GMT)

Enggang tidak akan tinggalkan pipit walaupun takkan dapat terbang bersama..
Langit tetap bersama bumi walau bumi tak tergapai langit yang d junjung...... (Tue, 18 Jan 2011 10:28:49 GMT)

Tunduklah si mawar yang semakin hari semakin layu. Saat sedang mekar berkembang dipuja dan disanjung. Saat sudah menghampiri kekeringan dipandang tanpa erti. Tiada sebarang kepentingan walau pernah mekar mewangi dulu.. (Mon, 13 Dec 2010 19:56:27 GMT)

Allah yg temukan sy dgn kamu, jadi Allah telah kurniakan sebuah anugerah kepada sy yg perlu sy hargainya. Sy juga perlu jaga anugerah itu sebaik mungkin.Jika kita terpilih dikurniakan cinta, kita perlu meghargainya. Kamu yg dipilih utk membahagiakn saya, jadi sy kena balas dgn kasih syg utk buat awk bahgia semmpu sy~ (Wed, 24 Nov 2010 11:04:09 GMT)

Diri sendiri adalah Guru terbaik yang mengajar erti kehidupan.
Pengalaman adalah rujukan terbaik yg mengajar erti kedewasaan.
Cabaran adalah musuh terdekat yg mengajar erti kekuatan.
~~Cikgu BellaHuda~~ (Thu, 04 Nov 2010 07:14:32 GMT)

Kasih Sayang itu percuma.. namun ia terlalu berharga.. jadi berikan ia dengan penuh keikhlasan...... (Tue, 15 Jun 2010 17:18:15 GMT)



Thanks for read . Like sikit !

0 comments:

Post a Comment